JellyPages.com

Monday, October 17, 2011

9.10.2011.. jue menggong memasak at umah yayah.. hee..

"Hari ni ko nak masak ape yah?" tnye Ida.
     Wajah yayah berkerut, cube memikirkan masakan ape yang pling simple,, maklum la,, i kan pemalas,, mcm u xtaw.. hurm.. "Ape jep yg ad?" :stress
     "Udang, ikan, ayam,, sume ada lah.. so ko nak msak ape?"
     "Erm.." fikir..fikir.. an msak ayam goreng jep an,, bawu taw.. kesian at mak yayah plak. haha :hoho
     "Bia Jue masak," celah Jue menggong tetibe.. semua owg tcenggang,, hanye yayah jep yang tsenyum lebar time 2,, (lepas aku, hi3).:lari
     "Ko nak masak ape?" tnye yayah.
     "Udang sambal," jwb Jue.
     "CANTEEKK.!":geleng

ini la persedian  Jue (kteowg) sblom masak..


haa...nmpk x?? e2 bawu psedian,, now.. kitew mulakan resipe kitew,, "sambal undang Jue menggong". haha..


yummy..yummy..! dap yew.. wlopun nmpk masakan dy cam pucat skit (santan terlebih) tpy ttp sdap.. heee.. tpy kowg pasan tak,, td ad potong kacang pnjang? mne pi kacang pnjang 2 ea?? msti la masak brasingan,, wat sayor,, yayah y kne masak,, sbb jue xtaw. masak mcm bese jep.. so hidangan kteowg hari ny "udang sambal" n "kacang panjang goreng",, masakan JueYah.!:five

Saturday, October 15, 2011

3.26 pagi,, tibe2 aty terse rindu kat seseowg..hurm..

cerpen ringkas ini yayah karang untuk meluahkan rasa rindu yayah pada dia,, dan yayah harap dia bahagia disana...:babai

......................<<cerita bermula>>>......................

ESAKKAN demi esakkan kedengaran mendayu-dayu. Air mata yang mengalir deras dipipi mereka seakan mencerminkan sekeping hati yang sarat dengan kesedihan. Aku yang seakan tidak mengerti apa-apa turut dapat merasai kepiluan yang bertandang di hati insan-insan yang berada disekelilingku. Ya, aku dapat merasakan keperitan itu. Keperitan pada sebuah kehilangan, huh... kehilangan? Ya Allah.. mengapakah akal dan mindaku seakan tidak dapat menerima perkara yang sedang berlaku di hadapanku ini? Kuatkanlah aku Ya Allah, kupohon padaMU, tolonglah bagi hambamu ini sedikit ketabahan. Untuk aku terima kenyataan yang sungguh perit, kerana aku tahu ini semua berpunca dari aku dariku, akulah penyebabnya. Walaupun ini diluar inginku. Ini bukan kemahuanku. Sungguh.. Aku tak mahu kehilangannya. Sering kali aku mengharap agar ini hanyalah sekadar mimpi, dan disaat aku terjaga kelak, segalanya akan kembali seperti sediakala. Aku ingin melihat wajahnya yang bercahaya, aku ingin mendengar suaranya yang ceria, dan aku tak mahu terlepas walau seditik cuma bagi melayan setiap telatah riangnya. Itulah yang aku harapkan. Aku sangat mengharapkan. Teramat berharap... 

<imbasan kembali>

“YEAAHHHH…!” jerit adikku Ina dalam kegirangan.
          “Kenapa ni?” soal kakakku Ika.
          “Abah nak bawak kita mandi sungai, jom bersiap cepat!” ujar Ina. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Wajahnya bercahaya dan dapat dilihat bertapa gembiranya dia.
          Apabila mendengar kata-kata Ina, kami turut bersorak. Budak-budak manakah yang tidak gembira jika di ajak mandi sungai.
          Perjalanan kami mengambil masa 1jam lebih, sesudah sampai ke destinasi, abah menghentikan  keretanya di tepi sungai. Kami bergegas keluar dari van tersebut. Sempat aku perhatikan keadan sungai tersebut. Sunyi... dan sepi...! Tiada seorang pun yang mandi disungai tersebut. Tetapi budak-budak mana ada nak hairankan semua itu. Melihat air yang mengalir didepan mata cukup mengembirakan, kami salin pakaian dan terjun ke dalam sungai.
          Airnya paras lutut dan deras. Tanahnya sekata. Sungai yang asalnya dihanya dihiasi bunyi cengkerik kini bertukar dengan gelak tawa kami. Abah macam biasa la, terperap dalam van. Itulah sikapnya dari dulu lagi.
         “Kita mandi dekat-dekat sini aje tau, jangan pergi jauh-jauh.!” Ujar kakakku Ida.  Kami menganggukkan kepala tanda patuh dengan arahannya. “Jom main lemas-lemas jom,” cadangnya pula. Biasalah budak-budak, ada sahaja permainan pelik-pelik yang difikirkan. Kami hanya setuju, nama pun adik sudah pastilah akan ikot segala idea kakak sama ada menarik atau tidak.
         Tidak sampai setengah jam, aku sudah merasa bosan. Itulah aku, cepat aje bosan tambahan pula aku bukanlah jenis yang suka bergaul atau bergurau walau dengan adik beradik sendiri sekali pun, jadi tidak hairanlah kalau aku tidak mempunyai kawan.
        Aku mula memikirkan perkara yang boleh menghiburkan diri aku sendiri. Lantasku baring diatas air sungai dan cuba mengapungkan diriku. Memandangkan airnya yang tidak dalam jadi aku tidaklah tengelam, ditambah pula dengan arusnya yang deras membawa tubuh kecilku terapung mengikut arus alirannya. Aku seronok keadaan begitu, almaklumlah aku memang suka menyendiri tanpa pedulikan orang disekelilingku. Dalam lekaku, tidakku sangka aku sudah semakin jauh.
        “Ana lagi laju,” sapa Ina tiba-tiba, benar-benar membuat aku terkejut. Seperti biasa laju aje tanganku mencubit lengannya. Dia merenggek kesakitan.
        "Kau pergilah sana jangan kacau eya," marahku. Sekali lagi lengannya kucubit, biasalah aku kan ada kuasa vector seorang kakak, jadi ikut suka hati akulah nak cubit ke.. nak tampar ke... Dah aku kakak, lantaklahkan? hahaha... Tetapi Ina jugak yang salah, aku sedang leka berkhayal pergi kacau, silaplah dia kalau da kacau harimau.. huhu...
       Sekali lagi Ina merenggek. Tapi macam biasa dia pun boleh tahan degil. Pada tika itu sempat la aku bergaduh dengan Ina, apa yang aku tak puas hati sangat dengan dia pun aku tak tahu, tangan aku ni kerja asyik nak singgah kat lengan dia aje. Tetapi dia tak menangis langsung, hanya merenggek pelahan aje. Namun bibirnya tak lekang dek senyum, apa yang membuatkan dia gembira sangat aku pun tak tahu la, tak makan saman langsung. Mungkin ini adalah salah satu pertunjuk, ahh.. kenapa akal kecilku ini tidak dapat menangkapnya.
        Entah aku pun tidak ingat ape yang belaku selepas itu, yang aku tahu dia berenang mendahului aku, dan aku mengejarnya dari belakang. Dapatku dengar gelak tawanya yang terakhir pada tika itu. Dia gembira bila aku mengejarnya, padahal aku sangat marah padanya tika itu. Dalam fikirku, kalau aku dapat tangkapnya sudah pasti cubitan bertalu-talu akan singgah ditubuhnya. Lagipun sejak kecil lagi aku memang terkenal dengan garang dan baranku.
        Dan... segalanya berlaku terlalu pantas, Sedikit pun langsung tak terjangkau dek akal. Dalam sekelip mata sahaja... sekelip mata sahaja segalanya terjadi... Dan apa yang aku tahu, tubuh kecil kami tergapai-gapai di dalam air sebelum mataku terpejam rapat.
        Kelopak mata dibuka pelahan, aku melihat sekeliling. Aku terasa lemah dan tak berdaya, sedang tubuhku juga hanya terdampar di atas tanah. Dalam kebinggungan itu, dapatku dengar satu suara. “Dah jumpa Ina belum?”
        Sentap hatiku, Ina? Dimanakah dia..? Ya ALLAH.!!!!!!!

****

“SEMUA ini salah kau!” kata Ida mengembalikan aku ke dunia nyata. Sedikit tersentakku dengan kehadiran Ida yang secara tiba-tiba, tidakku sangka lama aku termenung mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan aku kini berada di hospital. 
        Sungguh longlai jasadku pada tika dan waktu ini. Menerima permergian insan teramat aku sayang, insan yang aku selalu sakiti, dan aku tidak sempat untuk meminta maaf, tambah memeritkan pula aku ada bersama dia pada detik terakhirnya. Hanya aku seorang sahaja yang melihat tubuhnya meronta kelemasan, aku nampak bertapa dia terseksa. Huh..! Hanya sekadar melihat tanpa mampu berbuat apa-apa. Mungkin jasadku terseksa tika itu, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan hatiku yang luluh, lebur. Ya! Aku nampak segala-galanya! Dugaan apakah ini? Sunggguh aku tak terdaya. Cukuplah ini sahaja, mengapa ditambahkan lagi satu kesakitan yang maha sakit, iaitu apa yang terluah dibibir Ida tadi. Tidakkah dia tahu apa yang aku lalui sudah cukup merobek sanubari. Ya Allah.. apakah yang dimaksudkan oleh Ida itu? Adakah aku punca segalanya? Dan adakah aku dikira pembunuh? Membunuh adik sendiri..? Begitukah??!! Tolonglah jawap segala persoalan ini. Akal kecilku tak mampu merungkaikannya. Lantas air mataku mula mengalir deras. Hatiku sakit dan pedih...  Ya ALLAH...! Mengapa kau pilih dia, bukan aku??? Mengapa bukan aku??!!!!

..............................................................................

Pada 29.04.2002.. dia telah pergi meninggalkan yayah :tlg, dia lah yang paling gembira pada detik itu,,, detik terakhir dia bersama kami. Sungguh tidak yayah menyangka! Huh.. Maaf kalau ada ayat di atas yang kurang sedap di baca, yayah hanya menceritakan apa yang yayah rasa pada masa itu. Permikiran diwaktu yayah masih kecil dan masih mentah. Yakni permikiran seorang budak. Sungguh sakit sangat-sangat, memang tak larat nak tampung tambah lagi bila kita rasa kita adalah punca permergiannya, tanpa seorang pun peluk erat tubuh ini sambil kata yayah tak bersalah langsung dalam hal ni. Lagi teruji bila tengok mak menangis sambil peluk baju arwah Ina, ya Allah, runtunnya hati pada saat itu. Memang sangat terasa gila kehilangann dia, dugaan paling berat yang pernah yayah tempuhi di waktu masih bergelar budak kerana tiada seorang pun yang cuba untuk pujuk yayah dengan kata-kata perangsang dan semangat agar aku dapat kumpul sedikit kekuatan. Yayah tak salahkan mereka, sebab mungkin mereka pun turut mencari kekuatan pada diri sendiri untuk tempuhi segala kesedihan.
     
 but, Ina, I really miss u.. huh.! This is for u, and it is just to express my heart and what i'm feeling inside.  :majuk

Embun pagi menyapa tubuh,,
Mengigilku dalam kedinginan malam,,
Memori tentang kita takkan pernah lusuh,,
Masih utuh tersimpan didalam sudut hatiku yang paling dalam..

Disaat bulan tersenyum gembira,,
Tundukku bersama air mata,,
Bertapa aku merindui dia,,
Insan yang kini telah tiada..

Ditinta nota telahku lakarkan,,
Kenangan detik terakhir kita,,
Yang kian mengamit perasaan,,
Meruntunkan jiwa lara...


**********
Tapi tentang persoalan yayah, "kenapa dia bukan aku?" yayah rasa yayah da ada jawapan sendiri. Jawapan yang yayah teka sendiri. Simple sangat... "Mak.. abah... Arwah Ina tunggu mak dan abah kat syurga, bia lah eya berbakti dengan mak abah kat dunia ni. Sebab eya belum tentu lagi layak ke syurga. Ya Allah, semoga aku bisa membalas kembali jasa kedua ibu bapaku, i really means it, and i will proved it, one day, i can make sure i'm the one who can make u happy, who can bring 

Friday, October 14, 2011

couple ohh couple..!

hurm.. walaupun yayah ckp single ny simple,, eppy n cool.. but typu la law yayah ckp y yayah xd keinginan tok ad someone special..heee...:syg


"Owg ckp yayah terlalu memilih...":apa

grrr... memilih 2 ad la skit2,, but yayah cube tok x nk memilih dari segi rupe,, duet,, sume bagai.. yayah memilih dari segi perangai (sikap).. siapa y yayah rsew selese blew bsama,, y yayah x kekok o hipokrik.. yang plg penting,, yayah rsew seronok blew dgn dy.! haha.. :hoho

"Owg ckp yayah xd prasaan..." :nantuk

yekew? e2 mungkin dari pndangan mate kasar dowg jep kowt.. hnye owg y xknal yayah jep y akan ckp mcm 2.. (sbnr yew da ramai sgt da y ckp cmtoo,, dari sekolah,, smpai la yayah smbung study at unikl,, still dgr bnde y sme.. adush.!)  :hampa

Hakikat sbnr yew,, yayah xreti nk tunjuk an persaan yayah,, blew yayah syg an owg,, blew yayah marah,, blew yayah cdey..  owg hnye nmpk yayah seorg y periang,, senyum..senyum..senyum.. e2 jep y dowg nmpk dari diri yayah... :tepi

............................................................

adakah due faktor 2 y myebabkan yayah msh bgelar single?? hurm.. mungkin kowt.. dan y pasti,, faktor plg ketare ialah.. "EGO" yup.! ego yayah mmg tggi,, sgt2 tggi,, mgalahkan ego lelaki.. walaupun ego 2 kedengaran seperti xelok,, tpy kdg2 ego 2 penting utk hrge dri,, maruah,, n name baek ktew?? tol x??? :bagus


"Yayah xskew lelaki y terlalu baik"=((

kedengaran sperti plek an? sedangkan,, kalo ktew tnye mne2 pompuan,, dy pasti inginkan lelaki y baik tok bimbing dy. Hurm.. igt,, blew yayah ckp mcm niyh,, bkn bmakne y yayah nk laki y jaat,, x jgak,, yayah xmo larh.! but ckop la dy sporting,, y kdg2 bole msuk air,, matang blew kne pd tmpat,, kbudak-budakan utk mceriakan ag suasana, dan yang plg penting,, dy kne TEGAS.! sbb yayah niyh mgade2 ckit,, law owg y x tegas.. lagi la yayah naek lemak.. HAHAHA... siapakah jejake malang y akn ad disisi yayah nty?? 

teringat kembali zaman sekolah dlu..

Ini la muke-muke chumel kwn2 yayah.. rindu yew sama kamo...

Yayah igt lagi,, time skola dlu,, yayah ni antare pljar y agak nakal,, ske ponteng klas,, x bwk buku,, buat bising,, maen n x bljar.. trok an??surat chenta dari skola mmg dpt la an.. but nakal2 yayah,, yayah lepak gan kwn2 pompuan,, xd kwn laki sgt.. couple un xd,, owg kate yayah memilih.. yekew?? uhuk... but memilih 2 harus...:hihi

jap2,, dlm picture niyh tertinggal sowg lorh...

waduh..waduh..waduh.. gue kagan banget sama lu ya.. :muah

Nur Hanis binti Aris.. kwn y mmg glew2 punye.. dulu kteowg sllu kne an owg.. jaat yew,, jaat yew.. kami memang sgt nakal.. :)conteng name owg at dinding y rmai owg akan lalu lalang at citu,, bak kate kiteowg "Ape barang conteng at tndas,, bwh tangge,, n blakang blok,, bek conteng at tempat y open,," ini kire risiko berani mati la an.. haha.. dlm bab kne2 an owg,, mmg rmai da y tkene,, dlm beg kteowg dlu,, sntiase ad gule,, tepung,, marker pen,, n mcm2 lagi la.. :kejarsume bhan2 2 adalah tok majal owg,, y lucu yew,, pnah ad owg smpai demam dua hari..hahahahaha

DAN...

    byak2 bnde nakal y yayah buat,, yayah msih x dpt nk maap an dri yayah dgn 1 kesilapan ni.. iaitu.. utk pertama kali yew,, cikgu yayah mengalir an air mata sbb kami.. HADOI! :hantuk


Sesungguhnya,..
Hadirnya aku untuk mengemis kemaafan,
Menagih kasih yang telah ku persiakan,
Memohon restu darimu guru,
Yang kecewa kerana diriku..

Percayalah,,
Tiada sekelumit pun niat dihati,
Untuk ku lukai hati mu,
Dan tidakku sangka ia akan terjadi,
Oleh sebab tingkah laku ku..

Seperti yang kau katakan,
Kebodohan Sikapku membutakan mata,
Tidak ku nampak segala pengorbanan,
Yang kau lakukan sepenuh jiwa..

Andai masa bisa berputar kembali,
Pasti kau tidak akan ku sakiti,
Tetapi segalanya hanya mimpi,
Yang ku mampu memohon maaf setulus hati…

puisi niyh yayah cipta kan utk dy.. syg u  <3 ... heee... (maap,, yayah lupe la nme cikgu tuh...) ^_^"






Puisi...

ntah,, tetibe yayah tjumpe kembali puisi y penah yayah ciptakan dulu..so rsew nk post lam blogger plak..hee..


Disebalik senyuman tersimpan kisah nan duka,
Mungkin pada zahirku tampak sempurna,
Kerana kelemahan terkunci dalam sandiwara,
Hanya redup mata menyampaikan garisan luka.

Tanpa insan menyedari,
Aku rembeskan air mata ini,
Bersama keluh resah yang sarat dihati,
Pelahanku koyakkan helaian mimpi,
Yang sering bertandang takala aku berasa sunyi.

Kesengsaraan bagai menari-nari dalam jiwa,
Penderitaan bagai melambai dan ketawa,
Segalanya bermaharaja lela dalam duka,
Yang hanya diselubungi rasa kecewa.

Sesekali terlintas di rawang minda,
Untuk memadam lakaran luka,
Membasuh debu sengsara,,
Agar hati diselubungi bahagia…


Tuesday, October 11, 2011

story tentang kwn2 yayah..

ini nor nadia sofia binti mazlan.. (y sblh kanan ea,, bkn kiri,, kiri 2 yayah..) dy kwn yayah dri kecik lagi.. yayah knal dy time... drjah 5 camtoo la.. x sngke,, kteowg akn bkawan smpai skrg.. semu ttg dri dy yayah skew.. but ad 1 jep.. dy x pnah nk dgr luahan persaan yayah,, blew yayah sedih,, yayah citer at dy,, dy xkn pernah fhm n hirau an.. sbb 2 yayah ag skew pilih tok snyap an dri..hurm..


ini pula Nurul izyan binti Shamsuddin. y niyh mmg rpat glew gan yayah. dy terlalu snsitif,, nk bcakap dgn dy kne pndai. law tak.. HABIS la... dy un sme cam yayah, x skew ckp mencarut. walaupun yayah ckp kasar n sometime myakit an aty,, tpy yayah x mcarut bnde y bukan2.. da lme yayah latih dri yayah. cme  si Izyan ny,, kadang2. ad gak la mcarut blew mrah.. normal la 2 an?? hurm...


_________________________________________________________________________

Ini mesti kowg knal an?? Jue Menggong... hahaha... (Zunaidah binti Khoza'i) dy kwn y agak grang, but sometime chumel. kteowg mmg rapat, da mcm kembar da.perkenalan kteowg dri ary ptama yayah menjejakkan kaki di hostel jln tandok. xnah t'pk un y kteowg akan rapat. tpy, dy la y mule mengikut bontot yayah,, yayah pi sne dy pi sne,, pi sini, dy pi sni,, ikut jep kejew dy.. ag pun time 2 yayah agak rapat gan jiey mohammad, ntah mcm mne 2,, yayah gadoh gan jiey muhammad, n dri situ la yayah mula rapat gan dy..huhu... tmbah rapat,, blew kami mghadapi 1masalah,, walaupun kbyakan owg putus persahabatan sbb masalah y same kami hdapi,, tpy bg yayah,, mslah 2 y mgerat an kteowg.. at least dy tahu hati yayah,, keiklasan yayah,, n... ntah la.. apa2 un,, aq skew kwn gan ko JUE.!

imanto besh.. (Wan Muhammad Iman)
 perknalan kteowg adlh dy facebook (muka buku),, yayah lyn (chat) dy sbb dy oc, ag un mmg sronok chat gan dy,, wlopun yayah xtaw cpew dy,, muke dy un yayah x taw. dy antare oc y x femes la.. hurm.... pd mule yew,, yayah pndang dy sblah mate jep. xnah t'pk tok jd kwn dy. pjumpaan kteowg lgsong x dirancang, n yayah xmintak un nk jumpe gan dy.  ag un time 2,, yayah layan x layan jep dy,, yayah lbih byk diam. dlm aty yayah un t'tanye2,, npew la kiteowg ley jmpe.. hadoi.!

xsangke,, pd satu ary,, yayah di tiimpa mslah,, kebetulan dy tgh on9,, yayah cedey sgt time 2. yayah chat la dgn sy,, sbb chat gan dy mmg conok.. ley wat yayah gelak tbahak2.. yayah x perlu citer byk at dy,, dy da dpt agak sndri.. yayah senang luah an sgle yew at dy. hurm.. dy niyh ke dak y pd mule yew yayah aggap hnye tmpat tok ilang an bowink?? dak y yayah pndang sblah mte?? y xde pkataan eklaz lgsong di aty tok bkawan dgn dy? huh.! teruk gak yayah niyh rupe yew.. start dri c2.. kteowg mule tkar no.fon. dy lelaki ptama  di unikl y ad nombor yayah. mne ad owg len yg ad lagi time 2..(yayah ni combunk ckit) heee...

n strus yew,, kteowg jd agak rpt,, but.. lpas rayew.. msing2 membisu, senyap tnpe berita. Smpai blew yayah tserempak nan dy,, yayah x brani tok tegur dy,, yayah wat bodo jep,, mcm dy x wujud. tpy,, dy plak y tegur yayah. igt kteowg da putus kwn lpas rayew,, rupe yew x.. n now,, kteowg xrpt da,, tpy msih bkawan,, ag un dy da ad awez,, (wlopun dy nafi an). hope idop dy bhagie...

 HADI

  bdak niyh mmg baek,, yayah bwu jep knal dy,, tpy e2 pkenalan secare rasmi.. sbb sbelum niyh kteowg da pnah knal n kua sama2 n ramai2.. cume yayah x pasan dy,, n dy un x pasan yayah.. huhu.. bese la,, yayah mmg careless ckit.. xnah nk pndang owg at sekeliling yayah.. tpy mmg ajaib,, yayah x sgke dy ad skaly time pegi bukit bintang gan kwn2,,  mase minggu orientasi dulu,, kua same tpy x knal.. haha.. lucu.!  tpy y budak ny yayah xley nk ckp yayah pndang sblah mate,, sbb mmg dy sendri un yayah x nah perasan.! haha

tapy,, sbelum niyh,, byk kali da yayah dgr name dy,, dy rapat gan kwn yayah sowg ny. sllu lepak sme,, tpy syg,, yayah hnye bkesempatan mgetahui name sahaje,, bukan rupe.. "siapakah hadi??" e2 la y yayah sllu tnye2. secare jjor,, xnah bminat un nak mgenali jejaka bernama hadi niyh,, juz nk taw siapa hadi? bagaimana rupa dy?? hurm..

tetapi,, dekat kampus un,, yayah da perasan dy,, dy selalu pndang kteowg len mcm.. mcm nampak hantu,, haha.. tpy x taw la dy pndang siapa,, y pasti rsew yew bkn yayah kowt.. n last skly,, akhir yew kteowg bkenalan jugak,, melalui kwn yayah,, tak sangke dy HADI?? bdak y hanye diketahui name but bukan rupe.. last skly,, kteowg jd agak2 rapat,, (bwu niy jep rapat) sampai ad la pulak y mula bgossip ttg kteowg.. ad y igt yayah nan dy caple.. lantak la.. mulut owg,, xley nk ttop.. anyway,, dy baek sgt2.. n yayah byk thutang budi gan dy,, dy byk tolong yayah.. NICE TO MEET YOU.!!!