JellyPages.com

Saturday, October 15, 2011

3.26 pagi,, tibe2 aty terse rindu kat seseowg..hurm..

cerpen ringkas ini yayah karang untuk meluahkan rasa rindu yayah pada dia,, dan yayah harap dia bahagia disana...:babai

......................<<cerita bermula>>>......................

ESAKKAN demi esakkan kedengaran mendayu-dayu. Air mata yang mengalir deras dipipi mereka seakan mencerminkan sekeping hati yang sarat dengan kesedihan. Aku yang seakan tidak mengerti apa-apa turut dapat merasai kepiluan yang bertandang di hati insan-insan yang berada disekelilingku. Ya, aku dapat merasakan keperitan itu. Keperitan pada sebuah kehilangan, huh... kehilangan? Ya Allah.. mengapakah akal dan mindaku seakan tidak dapat menerima perkara yang sedang berlaku di hadapanku ini? Kuatkanlah aku Ya Allah, kupohon padaMU, tolonglah bagi hambamu ini sedikit ketabahan. Untuk aku terima kenyataan yang sungguh perit, kerana aku tahu ini semua berpunca dari aku dariku, akulah penyebabnya. Walaupun ini diluar inginku. Ini bukan kemahuanku. Sungguh.. Aku tak mahu kehilangannya. Sering kali aku mengharap agar ini hanyalah sekadar mimpi, dan disaat aku terjaga kelak, segalanya akan kembali seperti sediakala. Aku ingin melihat wajahnya yang bercahaya, aku ingin mendengar suaranya yang ceria, dan aku tak mahu terlepas walau seditik cuma bagi melayan setiap telatah riangnya. Itulah yang aku harapkan. Aku sangat mengharapkan. Teramat berharap... 

<imbasan kembali>

“YEAAHHHH…!” jerit adikku Ina dalam kegirangan.
          “Kenapa ni?” soal kakakku Ika.
          “Abah nak bawak kita mandi sungai, jom bersiap cepat!” ujar Ina. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Wajahnya bercahaya dan dapat dilihat bertapa gembiranya dia.
          Apabila mendengar kata-kata Ina, kami turut bersorak. Budak-budak manakah yang tidak gembira jika di ajak mandi sungai.
          Perjalanan kami mengambil masa 1jam lebih, sesudah sampai ke destinasi, abah menghentikan  keretanya di tepi sungai. Kami bergegas keluar dari van tersebut. Sempat aku perhatikan keadan sungai tersebut. Sunyi... dan sepi...! Tiada seorang pun yang mandi disungai tersebut. Tetapi budak-budak mana ada nak hairankan semua itu. Melihat air yang mengalir didepan mata cukup mengembirakan, kami salin pakaian dan terjun ke dalam sungai.
          Airnya paras lutut dan deras. Tanahnya sekata. Sungai yang asalnya dihanya dihiasi bunyi cengkerik kini bertukar dengan gelak tawa kami. Abah macam biasa la, terperap dalam van. Itulah sikapnya dari dulu lagi.
         “Kita mandi dekat-dekat sini aje tau, jangan pergi jauh-jauh.!” Ujar kakakku Ida.  Kami menganggukkan kepala tanda patuh dengan arahannya. “Jom main lemas-lemas jom,” cadangnya pula. Biasalah budak-budak, ada sahaja permainan pelik-pelik yang difikirkan. Kami hanya setuju, nama pun adik sudah pastilah akan ikot segala idea kakak sama ada menarik atau tidak.
         Tidak sampai setengah jam, aku sudah merasa bosan. Itulah aku, cepat aje bosan tambahan pula aku bukanlah jenis yang suka bergaul atau bergurau walau dengan adik beradik sendiri sekali pun, jadi tidak hairanlah kalau aku tidak mempunyai kawan.
        Aku mula memikirkan perkara yang boleh menghiburkan diri aku sendiri. Lantasku baring diatas air sungai dan cuba mengapungkan diriku. Memandangkan airnya yang tidak dalam jadi aku tidaklah tengelam, ditambah pula dengan arusnya yang deras membawa tubuh kecilku terapung mengikut arus alirannya. Aku seronok keadaan begitu, almaklumlah aku memang suka menyendiri tanpa pedulikan orang disekelilingku. Dalam lekaku, tidakku sangka aku sudah semakin jauh.
        “Ana lagi laju,” sapa Ina tiba-tiba, benar-benar membuat aku terkejut. Seperti biasa laju aje tanganku mencubit lengannya. Dia merenggek kesakitan.
        "Kau pergilah sana jangan kacau eya," marahku. Sekali lagi lengannya kucubit, biasalah aku kan ada kuasa vector seorang kakak, jadi ikut suka hati akulah nak cubit ke.. nak tampar ke... Dah aku kakak, lantaklahkan? hahaha... Tetapi Ina jugak yang salah, aku sedang leka berkhayal pergi kacau, silaplah dia kalau da kacau harimau.. huhu...
       Sekali lagi Ina merenggek. Tapi macam biasa dia pun boleh tahan degil. Pada tika itu sempat la aku bergaduh dengan Ina, apa yang aku tak puas hati sangat dengan dia pun aku tak tahu, tangan aku ni kerja asyik nak singgah kat lengan dia aje. Tetapi dia tak menangis langsung, hanya merenggek pelahan aje. Namun bibirnya tak lekang dek senyum, apa yang membuatkan dia gembira sangat aku pun tak tahu la, tak makan saman langsung. Mungkin ini adalah salah satu pertunjuk, ahh.. kenapa akal kecilku ini tidak dapat menangkapnya.
        Entah aku pun tidak ingat ape yang belaku selepas itu, yang aku tahu dia berenang mendahului aku, dan aku mengejarnya dari belakang. Dapatku dengar gelak tawanya yang terakhir pada tika itu. Dia gembira bila aku mengejarnya, padahal aku sangat marah padanya tika itu. Dalam fikirku, kalau aku dapat tangkapnya sudah pasti cubitan bertalu-talu akan singgah ditubuhnya. Lagipun sejak kecil lagi aku memang terkenal dengan garang dan baranku.
        Dan... segalanya berlaku terlalu pantas, Sedikit pun langsung tak terjangkau dek akal. Dalam sekelip mata sahaja... sekelip mata sahaja segalanya terjadi... Dan apa yang aku tahu, tubuh kecil kami tergapai-gapai di dalam air sebelum mataku terpejam rapat.
        Kelopak mata dibuka pelahan, aku melihat sekeliling. Aku terasa lemah dan tak berdaya, sedang tubuhku juga hanya terdampar di atas tanah. Dalam kebinggungan itu, dapatku dengar satu suara. “Dah jumpa Ina belum?”
        Sentap hatiku, Ina? Dimanakah dia..? Ya ALLAH.!!!!!!!

****

“SEMUA ini salah kau!” kata Ida mengembalikan aku ke dunia nyata. Sedikit tersentakku dengan kehadiran Ida yang secara tiba-tiba, tidakku sangka lama aku termenung mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan aku kini berada di hospital. 
        Sungguh longlai jasadku pada tika dan waktu ini. Menerima permergian insan teramat aku sayang, insan yang aku selalu sakiti, dan aku tidak sempat untuk meminta maaf, tambah memeritkan pula aku ada bersama dia pada detik terakhirnya. Hanya aku seorang sahaja yang melihat tubuhnya meronta kelemasan, aku nampak bertapa dia terseksa. Huh..! Hanya sekadar melihat tanpa mampu berbuat apa-apa. Mungkin jasadku terseksa tika itu, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan hatiku yang luluh, lebur. Ya! Aku nampak segala-galanya! Dugaan apakah ini? Sunggguh aku tak terdaya. Cukuplah ini sahaja, mengapa ditambahkan lagi satu kesakitan yang maha sakit, iaitu apa yang terluah dibibir Ida tadi. Tidakkah dia tahu apa yang aku lalui sudah cukup merobek sanubari. Ya Allah.. apakah yang dimaksudkan oleh Ida itu? Adakah aku punca segalanya? Dan adakah aku dikira pembunuh? Membunuh adik sendiri..? Begitukah??!! Tolonglah jawap segala persoalan ini. Akal kecilku tak mampu merungkaikannya. Lantas air mataku mula mengalir deras. Hatiku sakit dan pedih...  Ya ALLAH...! Mengapa kau pilih dia, bukan aku??? Mengapa bukan aku??!!!!

..............................................................................

Pada 29.04.2002.. dia telah pergi meninggalkan yayah :tlg, dia lah yang paling gembira pada detik itu,,, detik terakhir dia bersama kami. Sungguh tidak yayah menyangka! Huh.. Maaf kalau ada ayat di atas yang kurang sedap di baca, yayah hanya menceritakan apa yang yayah rasa pada masa itu. Permikiran diwaktu yayah masih kecil dan masih mentah. Yakni permikiran seorang budak. Sungguh sakit sangat-sangat, memang tak larat nak tampung tambah lagi bila kita rasa kita adalah punca permergiannya, tanpa seorang pun peluk erat tubuh ini sambil kata yayah tak bersalah langsung dalam hal ni. Lagi teruji bila tengok mak menangis sambil peluk baju arwah Ina, ya Allah, runtunnya hati pada saat itu. Memang sangat terasa gila kehilangann dia, dugaan paling berat yang pernah yayah tempuhi di waktu masih bergelar budak kerana tiada seorang pun yang cuba untuk pujuk yayah dengan kata-kata perangsang dan semangat agar aku dapat kumpul sedikit kekuatan. Yayah tak salahkan mereka, sebab mungkin mereka pun turut mencari kekuatan pada diri sendiri untuk tempuhi segala kesedihan.
     
 but, Ina, I really miss u.. huh.! This is for u, and it is just to express my heart and what i'm feeling inside.  :majuk

Embun pagi menyapa tubuh,,
Mengigilku dalam kedinginan malam,,
Memori tentang kita takkan pernah lusuh,,
Masih utuh tersimpan didalam sudut hatiku yang paling dalam..

Disaat bulan tersenyum gembira,,
Tundukku bersama air mata,,
Bertapa aku merindui dia,,
Insan yang kini telah tiada..

Ditinta nota telahku lakarkan,,
Kenangan detik terakhir kita,,
Yang kian mengamit perasaan,,
Meruntunkan jiwa lara...


**********
Tapi tentang persoalan yayah, "kenapa dia bukan aku?" yayah rasa yayah da ada jawapan sendiri. Jawapan yang yayah teka sendiri. Simple sangat... "Mak.. abah... Arwah Ina tunggu mak dan abah kat syurga, bia lah eya berbakti dengan mak abah kat dunia ni. Sebab eya belum tentu lagi layak ke syurga. Ya Allah, semoga aku bisa membalas kembali jasa kedua ibu bapaku, i really means it, and i will proved it, one day, i can make sure i'm the one who can make u happy, who can bring 

1 comment: