

Sahabat, kini tiba masa untuk kita mengapai cita-cita,
Setelah penat lelah berusaha untuk berjaya,
Tapi sayang kita sedang berada di jurang perpisahan,
Kita terpaksa berkorban untuk mencapai keinginan,
Kerana cita-cita ini kita dipertemukan,
Kerana perjuangan ini kita menjalinkan persahabatan,
Namun cita-cita ini jugalah memisahkan kita,
Perjuangan ini jugalah memaksa aku berduka.
Aku meratapi perpisahan ini,
Aku merintih di dalam hati,
Dan sering berharap agar bisa kembali seperti dulu,
Bersama berlumba mencari ilmu,
Namunku sedar segalanya tidak mungkin belaku,
Kerana masa yang berlalu akan terus berlalu,
Tidak mungkin aku dapat mengundurkan waktu,
Sahabat,
Berjanjilah hubungan kita akan terus erat,
Walau jauh ataupun dekat,
Hati kita akan tetap terikat,
Hanya itu yang dapat,
Mengusir perasaan rinduku pada mu sahabat.



No comments:
Post a Comment